Wednesday, November 12, 2008

Tears Dry on Their Own - Amy Winehouse


kalau nampak keronyok tisu-tisu dalam bucket sampah atas mejaku, itu aku guna untuk mengelap air mata, air hingusan dan air koko panas yang tumpah. kau dapat bezakan warna kan? - aku

Susah jadi aku. Susah punya jiwa yang sensitif. Susah datang dari keluarga yang tidak menahan emosi kami. Keluarga aku bukan keluarga yang emosi itu diempang-empang jangan pecah, jangan kasi orang melihatnya. Kami jika sedih, nampak. kalau gembira nampak, siap buat keraian makan-makan. Kalau benci jerit-jerit, maki sana sini. Tapi aku suka begitu. kami tak simpan dalam hati, tak bernanah. Biar opah, abah, makcik, kakak-kakak, abang, aku tahu.

kalau tak mampu cakap depan-depan, cari orang tengah. abah kalau tak berkenan fesyen rambut ceracak bangunanku, dia cakap pada Atie. suruh Atie bagitahu aku. Yang paling seronok, Atie yang kena marah, bukan aku. 'Galakkan sangat adik tu kan? Apa dia nak buat tak pernah dihalang'. Atie datang cakap pada aku, lepas tu kami gelak-gelak terus pergi makan McD. Kami rakan jenayah. Atie suka tipu abah kalau balik lambat, aku tak tipu. Aku marah Atie kalau tipu abah pasal benda-benda ringkas macam tu. Bila scholar aku kena tahan, baru aku suruh Atie tipu. Lepas abah tahu, dua-dua kena tengking macam halau beruk. Padan muka. :P

Tadi keluar makan dengan Minnie dan Jinggo. Jinggo cakap dia mimpi lucu. Main muppets sambil anjing-anjingkan si Mon, dengan aku dan Zirf ada dalam mimpi dan gelak-gelak sekali. Jinggo suka Zirf. Jadi dia suka mimpi tu. Bangun-bangun dari tidur dia tergelak. Tak tahu gelkkan Mon atau gelak gembira ada si Zirf. Aku pula selalu mimpi menangis. Bangun-bangun bantal basah. Bangun-bangun mata merah. Jadi aku buat teori depan Minnie dan Jinggo, aku ini kehidupannya gembira. Jadi bila mimpi selalu resah-resah, hiba-hiba. Dunia lain untuk kehidupan aku yang kedua. Kalau Jinggo pula, hidupnya keluh kesah. Dah terantuk baru terngadah. Jadi mimpinya Tuhan kasi gembira. Supaya dia rasa hidup sedikit adil. Tapi hidup nyata aku tak adalah happy sangat-sangat. Biasa-biasa saja.

Aku kalau menonton filem, aku sudah jadi macam karekter utama dalam filem itu. Kalau dia sedih, aku sedih. Kalau dia menangis, aku menangis sekali. Sebab itu aku suka tonton filem atau series sorang-sorang. Baru ada ruang untuk pelampiasan emosi diri. Nanti kalau tengok dengan orang lain kena gelak. Sof gelak-gelakkan aku bila tahu perihal aku ini. Katanya paling jauh dia sedih menonton pun sekadar bergenang. Tak adalah sampai bertisu-tisu macam aku. Aku tak kesah-lah apa orang nak cakap. Lain orang lain empangan air mata kan?

Aku senang dengan diri aku sendiri. Lagi sensitif aku, lagi senang aku memahami orang lain. Sebab itu aku ada banyak kawan yang baik-baik. Kawan yang tak baik pun ada, tapi aku kawan juga walaupun hati aku sakit. Sebab di UTP ini aku belajar erti menyimpan emosi. Lain tempat lain cara. Aku tak kesah semua itu. Janji masih ada kawan untuk gelak-gelak, usik-usik, maki-maki, sedih-sedih. Tapi aku dah janji pada diri aku sendiri, bila aku keluar dari UTP nanti, aku tak nak kawan dengan kawan-kawan yang tak mahu ambil tahu tentang aku lagi. Sebab aku dah tak tak ada kena-mengena dengan mereka. Tak penting dah mahu bermuka-muka dengan mereka lagi.

Wah, tapi nak tunggu saat itu adalah bertahun-tahun lagi. Tak tahu larat atau tidak mahu menunggu.. haih~~

Sudah-sudah. Minnie mengidam roti canai panas. Aku mengidam roti canai garing cicah susu pekat. Pergi-pergi muntah semua~~

3 comments:

Ridhwan A. said...

nak roti canai!!!

Anonymous said...

ko sure air mata yang membasahkan bantal ko?
aku rasa air dari mulut//

maaf..
aku perlukan bukti

tapi
jika betul..
aku terharu..
aku tidak keseorangan

*harap ko faham..malas nak elaborate..kalau tak faham..buat2 faham lah*

Isumaru said...

ridh. aku br pas blk mkn roti canai. nyum2~

acad.. ko tak keseorangan. ada 3 juta lagi ahli kelab 'menangis selepas bermimpi'. welcome2.

:P