Bila aku tengah tensi tu, perkara pertama aku buat adalah tidur. It's good for stress. Aku tidur dari pukul 12 sampai 2 pagi, dengan harapan bila bangun-bangun tu mungkin dapatlah semangat dan inspirasi. Tapi,tak jugak. Sama saja. Sampai rasa macam nak give up buat fyp. haha
Lepas dah keluar supper dengan Mino, Pulah dan Pat (gigih ni cari mapley yang ada meja kosong dek penangan match bola sepak Barca semalam), aku pun balik bilik dengan niat yang satu iaitu menonton filem 'The Blind Side'. Aku dah tengok filem tu banyak kali sebenarnya, tapi entah macam mana, aku terasa macam dapat hint yang suruh aku tengok filem tu, lepas aku terbaca artikel tentang Sandra Bullock dan Lily Collins, antara dua orang pelakon utama dalam filem tu. Jadi aku pun tonton filem dari kisah benar tentang pemain ragbi Michael Oher ni. Aku tak berniat pun nak mencari inspirasi, cuma nak mengisi masa aku yang sepatutnya tidak lapang itu.
Dekat nak akhir-akhir filem tu, ada satu monolog bacaan essay Michael Oher yang dia tulis berdasarkan sebuah puisi demi nak menaikkan pointer dia untuk melayakkan dia dapat biasiswa sukan ke universiti. Essay beliau adalah seperti berikut;
Michael Oher on The Charge Of The Light BridageBila aku dengar part honour tu, aku jadi tersentuh. Memang, aku tak ada minat untuk programming dan course aku ni sangat, tapi, apa yang aku boleh lakukan adalah untuk mengekalkan honour aku dan juga orang-orang di sekeliling aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Macam magis, lepas aku tengok filem tu, aku dapat inspirasi dan semangat nak menyiapkan fyp aku. Aku jadi berani.
Courage is a hard thing to figure. You can have courage based on a dumb idea or a mistake, but you are not supposed to question adults or your coach or your teacher. Because they make the rules. Maybe they know the best or maybe they don’t.
It all depends on who you are and where they come from.Didn’t at least the six hundred guys think of giving up and joining with the other side? I mean “The Valley Of Death”. That’s pretty salty stuff. That’s why courage is tricky, should you always do what others tell you to do.Sometimes you might not even know why you do something. I mean any fool can have courage. But honour, that’s the real reason you do something or you don’t. It’s who you are and maybe who you want to be.If you die trying for something important then you have both honour and courage and that’s pretty good.I think that’s what the writer was saying: that you should hope for courage and try for honour and maybe even pray that the people telling you what to do have some too.
Sekarang, presentation dah pun habis. Tutup buku fyp (oh, kena hantar hardbound report lagi). Yang penting, segalanya berjalan lancar. Terima kasih pada Hilal, Pulah dan kawan-kawan lain yang banyak membantu terutamanya memberi semangat. Tak lupa juga pada Puan Subarna yang tak putus-putus harapan dengan aku. Haha. Harap-harap pass y'all~
Yang paling penting, terima kasih pada Michael Oher, tanpa beliau, sebuah filem yang penuh inspirasi sebagaimana 'The Blind Side' tak akan ada. For courage and honour!!!