Sunday, November 30, 2008

Save Room - John Legend

The world is a scary place - aku

Selalu bermain dalam fikiran aku perkara-perkara yang menakutkan tentang dunia, perkara-perkara yang menyebabkan aku mahu duduk diam sahaja tanpa berbuat apa-apa. Kadang-kadang, bernafas sahaja sudah tidak selamat lagi. Udara yang kotor, pencemaran. Entah-entah, duduk diam pun boleh ditimpa kemalangan. Sebab tragedi boleh sahaja terjadi tanpa kawalan kita sendiri sebagaimana yang terjadi kepada sahabat Ridhwan. Takziah aku ucapkan.

Pokok pangkalnya, aku takut dengan dunia yang aku diami sekarang. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, minum kopi (nyanyi lagu tadika). Entah berapa banyak bahan kimia yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Semuanya sudah tidak semulajadi. Ada yang kata, flourine bagus untuk gigi, ada yang kata sebaliknya. Apa bahan yang digunakan dalam makanan kita, itupun kita tak tahu dengan terperinci. Semuanya kita serahkan bulat-bulat pada nasib dan takdir. Menakutkan.

Bila berada di luar rumah dan sedang berjalan, bila-bila sahaja aku boleh dirompak, dipukul atau diculik. Kepercayaan kepada manusia kini bukan lagi satu anugerah percuma kerana terlalu sukar untuk kita untuk menilai seseorang itu. Dalam masa yang sama, perlakuan kita turut dihakimi oleh orang lain. Memang manusia tidak sempurna, tapi sempurna itu terletak pada perspektif masing-masing. Berada di tengah-tengah orang ramai selalu meragut serba sedikit keyakinan diri, resah jika ada yang sedang mengkritik dan mengeji.

Yang paling menakutkan bila berada di atas jalan raya. Mungkin kita pemandu terbaik, patuh pada setiap peraturan jalan raya, tapi bukan semua khalayak manusia begitu. Boleh saja waktu lampu isyarat kita hijau, ada yang dari arah bertentangan melanggar lampu merah dan merempuh kita. Mungkin bila-bila sahaja kita sendiri yang terleka dan mengakhiri nyawa sendiri di atas jalan raya. Hujan lebat, jalan yang licin atau berlubang, tanah runtuh, apa-apa sahaja elemen boleh sahaja bila-bila masa mendatangkan kecelekaan pada kita.

Saban masa aku berdoa tiada yang buruk akan terjadi pada diri aku sendiri. Pada keluargaku. Pada sahabat-sahabat aku. Kerana hanya pada keyakinan diri, dan kasih sayang keluarga dan sahabatlah yang membuat aku merasa dunia ini lebih selamat. Tanpa mereka, mungkin aku akan sekadar berada di bilikku - meresahi setiap inci pergerakan, dan setiap terbitnya perhubungan. Merekalah sumber kekuatan.

Bila sahaja aku berada di dalam kenderaan dan tanganku pada stereng kereta, aku akan bersatu dengan elemen-elemen di sekeliling aku. Mendapatkan keyakinan untuk meneruskan perjalanan. Semoga tiba dengan selamat ke destinasi yang dituju. Amin.

6 comments:

Ridhwan A. said...

ismal, it's a devastating news. i dunno how she's gona cope with the ordeal.

;-(

Isumaru said...

i know
what's important is for u guys to always be there n console her
:)

Stephanie Morris said...

Ismal, i suke post ni.
So true la babe...anything can happen at any time tapi kita hanya serahkan pada takdir. you never really know wht's gonna happen and when's it's gonna happen.

So i say, do what you wanna do, NOW! you never know when it's gonna be too late.

Isumaru said...

hehe..
itu ah.. i had dis tot after a devastating day..

tp it's always efforts that matter and determination. hehe

Firdaus Kamaruzaman said...

lagu tadika tu je ke yang kau tau

Isumaru said...

hahahaha.. siot sgt FK mengumpat aku~