Jazlin yang gebu telah tagged aku. Benar kata Alin, tag-nya mudah saja. Letakkan gambar terkini. Jadi kepada peminat-peminat aku di luar sana, ESKLUSIF gambar aku baru bangun dari tiduran.
fakta 1: selalu kalau aku upload gambar, gambar tu tetapannya large. tapi sebab kali ini perlu upload gambar sendiri, jadi dekat-dekatkan hidung pada skrin komputer untuk tengok gambarku yg kutetapkan kecil ini.
fakta 2: minta maaf pada yang sudah kurang selera makan selepas melihat gambar ini. tapi di Facebook aku ada talent agency minta aku pergi interview untuk jadi model mereka. seperti kamu, aku pun terkejut juga!
fakta 3: mula-mula aku mahu buat tak endah pada tag alin sebab akhir-akhir ini aku rasa kurang yakin dengan diri sendiri. tapi selepas berusaha menyayangi diri sendiri selama setengah jam sebelum menangkap gambar, aku buat keputusan untuk letak saja gambar aku. lagipun ini blog aku, kisah apa aku orang nak fikir apa pun~~ :P
*************************************
Perkara Kedua:
Aku ada tulis cerita lawak. tapi aku tak tahu lawaknya pada aku saja atau pada kamu semua juga. jadi aku nak letak juga cerita ni dalam blog aku. korang mahu gelak atau tidak terpulang. kalau gelak bagus, maknanya korang baik hati kasihankan aku. kalau tak gelak bagus juga, maksudnya kamu jujur. Ceritanya begini;
A woman stumbled upon a man that she had been trying to contact for almost a week. Her face started to reddened. She couldn't keep her calm anymore. In the crowded cafe, she spilled off everything that has been hiding in her chest. She lost it all.
Woman: I tried your cell for a week. I looked for you at your apartment but you weren't there. What a mature act you put there, huh?
I am a grown woman. I am a pretty and confident woman. I have a secure job, with high salary. I can survive by my own. I don't need a man.
But I met you. I know I like you from the day I met you. I chose you. Even if you are not that good in bed, I choose you. Even when you don't have the largest weenie, I still choose you. Even when you act and look stupid, I choose you. I choose you to be stupid to.
I'm tired of chasing you anymore. I don't have that much energy anymore. Tell me, what am I missing here?
Man: Energy bars?
***************************************
Perkara Ketiga:
sebenarnya tak ada perkara ketiga. tapi aku mahu tulis juga. aku mahu tulis tentang bagaimana seorang kawan perempuan aku yang cerita tentang bagaimana dia rasa secure (aku ambil bulat-bulat penggunaan perkataan dia) bila kawan perempuannya yang menumpang bilik dia memeluk dia sewaktu tidur. Kepada teruna-teruna di luar sana, ini bukan post tentang kisah cinta lesbian. Jadi minta maaf kerana menghancurkan imaginasi nakal kamu.
aku rasa, bila kita resah, memang 'berpeluk' (seperti istilah gabby, kekasih hati kawan aku) membawa resah itu jauh-jauh. seolah-olah pelukan terjadi, kuasa jahat tak mampu mendekati orang-orang yang sedang berpeluk itu. Teringat iklan produk bayi, 5 saat sentuhan lebih bermakna dari 5 minit kata-kata. Sebab itu kalau kita lihat dalam filem Inggeris, bila seorang gadis menangis kerana takutkan guruh misalannya, seorang hero yang saksama akan memeluk gadis itu untuk menenangkannya. Yang terjadi selepas itu adalah di luar cerita aku ini.
Kawan aku si I ada menulis di status gtalk-nya tentang bagaimana ada seorang professor menyatakan, apabila seseorang itu sedang resah, tensi atau marah, ada cas-cas negatif yang wujud dalam badan beliau itu. Maka apabila beliau berpeluk dengan seorang yang lain, cas-cas negatif itu akan dapat dineutralkan. aku kira, orang yang dipeluk itu mestilah perlu punya cas-cas positif dalam badannya, jika tidak, masakan cas-cas negatif itu dapat dineutralkan, kan? (Wah, aku masih punya pengetahuan elektrik!) Oleh itu, andai benarlah penyataan aku ini, jangan pula waktu kamu-kamu sedang resah, kamu pergi peluk orang yang sedang resah juga. takut-takut ada yang makan penampar nanti.
maka disebabkan teori professor ini, sibuklah si I tadi pergi memeluk semua budak-budak rumah dia sebab tensi-lah lagaknya. Tapi menurut andaian jahat aku, entah-entah teori itu saja diciptakan oleh I sendiri kemudian diletakkan di status gtalk-nya supaya orang tahu si I mahu dipeluk kerana sedang gelisah. Nanti, jika peluk-peluk tidak di-announce, takut-takut ada yang menuduh si I mahu ber-gay pula kan? Wah si I, pandai kau ambil kesempatan!
Baru lepas makan nasi putih, daging merah dan ikan masin. Tak sanggup hendak muntahkan~
11 comments:
haha aku gebu keee? lol.
thanks for doing the tag :)
ya cik Alin. anda gebu.
macam donat. hahahahha
OMG! ismal...gambar hawt!
ah!
Finz janganlah baik sangat memuji mcm tu. dah blushing ni~
kamu pun selalu comel. haha ;P
first aku comment tapi ada berlaku kesilapan..
so mahu comment lagi sekali..
jika ada dua..sila delete satu..
perkara pertama..
lawak itu tidak berjaya mentertawakan aku..
tapi satu part yang berjaya membuat ku tertawa kecil(ala2 menutup mulut dgn tangan) ialah pasal modelling itu..
syabas buat anda..
perkara kedua..
saya bersetuju dengan teori cas negatif anda..tapi jikalau orang yang memeluk itu cas negatifnya masih lagi banyak dari positif..apa kesudahannya?
perkara ketiga..
hampir2 muntah tadi
apa-apalah
~
ahhh
acad jeles~~~
funny joke!!!!
hah! muke bru bgn tido!
omg! my word verification is 'putina'...
sounds so wrong...
wtf? putina? hahhah
sorry ismal, lari tajuk...tapi ia layak menjadi satu tajuk perbincangan..
PUTINA? ahahahah
PUTINA???
omg~ dats sooo obscene!
i know!!!!!!!!!!!!
LOL!
FAKTA 1:
kamoo sudah potong rambut ker?
dlm pic yang kamoo upload tuh, x nampak kebesaran hidung kamooo~
ops, jgn marah...
FAKTA 2:
Congrate dpt tawaran. Aku ade dulu..
Tp x pi pown...Busy sgt...
weee~
FAKTA 3:
Memang aku setuju berpeluk dapat hilangkan tensi or yang sama erti dengannya~ Tapi peluk emak lagi best dari peluk dgn sesiapa..hehhehe
Post a Comment